BAHASA BANJAR BERUBAH MENJADI BAHASA MELAYU DI SEMENANJUNG SEKITAR ABAD KE 15-17 (1440-1602 M)

BAHASA BANJAR BERUBAH MENJADI BAHASA MELAYU DI SEMENANJUNG SEKITAR ABAD KE 15-17 (1440-1602 M)

Oleh : Hamly Hadi
( Pemerhati Sejarah )

Bahasa Banjar merupakan bahasa Austronesia yang dituturkan oleh suku Banjar di Kalimantan, Indonesia sebagai bahasa ibunda. Bahasa Banjar dihipotesiskan sebagai bahasa proto-Malayik.

Sebuah kajian yang dilakukan oleh 2 peneliti asal Malaysia menemukan bahwa Bahasa Melayu muncul di abad 15-17 Masehi yaitu sekitar tahun 1440-1602 Masehi.

Kajian ini meneliti hubungan kekerabatan antara bahasa Banjar dengan bahasa Melayu dengan cara menyenaraikan kosa kata dasar kedua-dua bahasa ini melalui penggunaan kaedah perbandingan leksikostatistik dan penerapan kaedah glotokronologi. Melalui kaedah ini, kadar peratusan kata berkerabat dapat ditentukan dengan cara menghitung jumlah kata berkognat melalui penelitian unsur retensi dan unsur inovasi.

Tinjauan dan penyenaraian kosa kata asas bahasa ini memanfaatkan senarai 200 kata Morris Swadesh. Daripada 195 kosa kata dasar yang dibandingkan, terdapat sebanyak 158 atau 81% peratus kosa kata dasar bahasa Banjar yang berkognat dengan bahasa Melayu.
Peratus kekerabatan ini memperlihatkan bahawa bahasa Banjar dan bahasa Melayu berada pada tingkat kekerabatan bahasa.

Abad atau tahun pisah kedua-dua bahasa ini dari tahun 2021 diandaikan antara abad ke-15M hingga abad ke-17M atau 1440 hingga 1602 tahun yang lalu. Walaupun hubungan kekerabatan bahasa Banjar dengan bahasa Melayu sangat rapat, iaitu berada dalam tingkat kekerabatan bahasa, orang Melayu tidak dapat memahami bahasa Banjar kecuali dengan mempelajarinya.

Dapatan kajian membuktikan bahawa kaedah leksikostatistik dan penerapan rumus glotokronologi yang telah disarankan oleh Lees (Lehman, 1973: 105) dan Gudschinsky (1964: 618) dalam menentukan abad pisah bahasa Austonesia adalah satu kaedah yang relevan dan bersesuaian dalam menghuraikan secara sistematik salasilah hipotetikal bahasa berdasarkan usia yang dikemukakan oleh Asmah (2008: 3) dan pengkaji-pengkaji tempatan yang lain.***

Banjarmasin Kalsel, 21 Desember 2025

Sumber :

Mohd Khaidir Abdul Wahab (Bahagian Pengajian Linguistik Bahasa Melayu, Pusat Pengajian Ilmu Kemanusiaan, Universiti Sains Malaysia.)

Adi Kasman Che Halin ( Pusat Pengajian Bahasa, Tamadun dan Falsafah, Universiti Utara Malaysia.)
——–

Loading

Tinggalkan Balasan

Alamat email Anda tidak akan dipublikasikan. Ruas yang wajib ditandai *

error: Content is protected !!